Wednesday 2 October 2013

Zikrullah Yuk


SubhanaAllah.

Alhamdulillah.

Allahuakbar.



*Jom ulang banyak-banyak kali.

*amboiii..lagu tegar boleh ja ulang nyanyi banyak-banyak kali.  Zikir banyak-banyak la pulak ^_^v



 photo taken : Cameron Valley 




Tuesday 1 October 2013

TRIALS


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
(Al-Ankabut: 2)
=)

Monday 26 August 2013

Senario Sekolah Raya 2013 =)














 [merdeka raya]

photo by  : RQ

Saturday 17 August 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.
Ni ada serba sedikit gambar raya.
Sedikit?Gambar lain-lain?
sorry :) 
very highly prohibited to expose..hohoho.. :p

masih syawal kan.. SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin.
dan jangan lupa untuk sedekahkah al-Fatihah kepada saudara-saudara seislam kita yang baru meninggal pada bulan Ramadhan lepas dan juga muslimin muslimat yang telah kembali kerahmatullah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~







sekian. harap maaf atas segala salah silap.
SALAM LEBARAN 

dari saya dan family :p

 

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru :)

Assalamualaikum.


Meriah. Meriah tengok kawan sefesbuk masing-masing post ucapan Selamat Hari Guru.
Syok jadi cikgu ni. Ada spesific day untuk yang bergelar guru kan. Sambutan kat sekolah pon best. Hadiah pon dapat kan? eheh..dulu excited la kalau tengok mama baba bawak balik hadiah murid-murid bagi. Berebut buka dengan adik beradik. Macam-macam dapat. Last-last mama cuma ambik pen ja. Hadiah-hadiah lain anak-anak yang kebas. Tapi sekarang bila dah dewasa sikit *eceh*, malas dah nak buka-buka ni. Kadang-kadang tak buka pun. Tak ada ruang dah nak simpan pun kadang-kadang.

So, adik-adik di luar sana, ni akak *cewah akak tew* nak bagi tips sikit kalau nak bagi hadiah kat cikgu-cikgu hampa. Bukanlah bermaksud nak halang atau nak rigidkan apa benda yang patut beli. Tapi bila ada niat ikhlas nak memberi tu, moleklah kita sempurnakannya dengan memberi sesuatu yang bermanafaat iaitu sesuatu yang boleh digunakan secara praktikal oleh seisi alam. eheh. contohnya..contoh jela.. Pen merah sebatang pun jadi dah. nak power sikit bagi la teh uncang Lipton ka, surah yassin/ al-ma'thurat ka, apron ka, tuperware apple lady ka, hanger ka*hanger tak penah cukup kat umah ni :p*, bagi roti sebijik pon cikgu-cikgu dah suka dik. Kalau takmau bagi pun takpa. Cikgu bukan harap dapat hadiah sangat pun. Tapi kalau nak bagi, so inilah nasihat sekupang dari akak ya ^_^. (poyo x poyo x??hehe). So, Tak payah beli benda hiasan-hiasan sangat.. kadang-kadang cikgu-cikgu ni pun dah taktahu nak letak mana barang-barang yang depa dapat. last-last simpan saja. kan rugi tu. haaa~~

Ok. Cukup-cukup. 

Jadi, pendekkan cerita :

Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua insan-insan di muka bumi Allah ini.
Terutama kepada guru di Tadika KEMAS, Pasti Siti Khadijah, Sekolah Tengku Budriah, SMKA Arau, UiTM Shah Alam, IPG Kampus Perlis, SK Guar Nangka, SK IPGM dan rakan-rakan guru pelatih semuanya. Terima Kasih atas perkongsian ilmu. Minta halal semuanya. Terima Kasih :)

Itu sahaja. Sekian
:)