Monday 12 March 2012

wahai pensel kesayangan


*aku ingin mendedikasikan sebuah puisi pada pensel kesayanganku..sila baca dalam nada romantik sendu dan perlahan......

wahai pensel kesayangan,
2007 tahun kita ditemukan untuk jatuh cinta,
sehingga saat ini kita masih bersama.

wahai pensel kesayangan,
tiada yang lain bisa menggantikanmu,
hanya kamu di Hatiku,
hanya kamu yang ku Cinta,
hanya kamu yang ku Sayang

wahai pensel kesayangan,
aku mengaku,
walaupun aku begitu sayangkanmu,
namun aku sedar aku selalu cuai menjagamu,
tidak cukup hanya sekali aku kehilanganmu,
malah dua kali,
aku mohon maaf atas kecuaianku oh pensel,

wahai pensel kesayangan,
aku tidak tahu di mana kamu dan kamu berada saat ini,
aku begitu sedih kehilangan kamu,
juga sedih atas kecuaianku,
T_T

wahai pensel kesayangan,
pepatah ada menyebut.."yang patah tumbuh, yang hilang berganti"
ya, yang hilang berganti,
jadi aku terpaksa mencari penggantimu,
pengganti yang persis sepertimu,
supaya cinta kita akan kekal sentiasa

wahai pensel kesayangan,
hanya engkau pilihanku,
PILOT REXGRIP 0.5

salam rindu pada kamu dan kamu yang hilang dan pada kamu yang baru bersamaku..
=)