Sunday 11 December 2011

Destiny


Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; 
it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.
William Jennings Bryan


Friday 9 December 2011

Akar


 Allah Swt berfirman dalam surat Ibrahim ayat ke 24, 25 dan 26 :
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun".

Thursday 8 December 2011

Dari Tingkap Dapurku

: Bila mata selalu tengok hijauan tumbuhan ciptaan Tuhan, hati jadi tersenyum melihat. SubhanaAllah. Entah berapa lama lagi masa yang tinggal untuk melihat pemandangan macam ni. hmmm ~

Monday 5 December 2011

Kita ada Dia


... Kenapa juga engkau mengemis harta dan kekayaan kepada orang yang tidak punya apa-apa,
mengeluh kepada yang tidak dapat mengabulkan permintaan,
serta mengadu kepada yang boleh sakit dan terluka....

Sesungguhnya Dia tidak pernah melupakan hambaNya yang sentiasa ingat padaNya..


Friday 2 December 2011

ohh kawan kitty

Sebuah hadis riwayat Al Tirmidzi, Al Nasa’i, Abu Dawud dan Ibnu Majah mengenai kucing:
Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk rumahnya. Lalu Ia menuangkan air untuk wadhu. Pada saat itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air ke bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, ”Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata,”Apakah kamu hairan?”. Kabsyah menjawab,”Ya’. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi pernah bersabda,”Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling dalam rumah (binatang rumahan),”
---------------------------------------------------------------------------------
: hmm..walaupun sisa kucing bukan najis, tapi kalau najis kucing tetap najis. Bukan apa, teringat kucing jiran yang suka datang main saham dekat belakang rumah saya sejak kebelakangan ni.Patut la semenjak dua menjak ni asyik bau tahi kucing ja kat dapur. Mula2 datang seekor, esok pulak tengok datang bawak co-partner. Lusa tulat dan seterusnya wallahua'lam. huhu. Haila kucing, mujur awak ni spesis hello kitty. =.=
psss..gambo kat atas tu la kucing yang saya maksudkan suka melabur belakang rumah..hee..sorry kucing teraibkan maruah awak..takmo marah na :p

Tuesday 29 November 2011

kenangan dengan nota Bio

*esok SPM paper Biology*

kalau baca ni agak2 faham tak?hehe
*satu-satunya nota Biology aku yang tinggal. yang lain dah dijual untuk dikitar semula. Taktau la macam mana boleh tercicir yang sehelai ni. masih elok tanpa dilipat. 

**hmm..sengaja nak imbas kembali kenangan dahulu kala. alhamdulillah SPM dah lama tinggalkanku**
=)

Thursday 24 November 2011

Niat


....Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Qura says : Semoga kau kuat dalam melakukan amal ma'ruf nahi munkar. Istiqomah itu memang sakit. Tapi sakit itulah jihad. Di saat kau merasakan jiwa kau rapuh, berkomunikasilah dengan Maha Pencipta. Sungguh Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya. ~

Thursday 17 November 2011

Seeeeeenyum lebar-lebar !


kenapa saya senyumsenyum ni?
sebab exam dah habis la awk.....
=)

Wednesday 2 November 2011

Sawah petang

salam.
ehem.
dah lama tinggal blog.
tapi hari ni tibatiba terasa nak update.
terima kasih pada sahabatku BayBort.
kerana post beliau yang terbaru ni bagi inspirasi untuk saya update.

SAWAH. ada orang panggil bendang la petak la. macam2..tapi ikut la nak panggil yang mana2 pun.sama ja..

Saujana Mata Memandang.
Inilah pemandangan mata saya dari kecil sampai sekarang. Bukak pintu rumah nampak sawah. Bukak tingkap dapur nampak sawah. Sambil basuh pinggan pon boleh ralik tengok ke sawah. Sejuk mata. SubhanaAllah Tuhan yang menciptakannya. Syukur.

Gambar2 ni saya shoot kalutkalut masa kayuh basikal dengan adik pukul 6.45petang tadi. Walaupun gambar tak berapa detail dan sharp. Tapi lantak lah. Asal ada rupa sawah.hee. Ingat nak proses gambar2 ni lepas exam. Tapi baybort buat hatiku meronta untuk update blog.ha ha.
okeyh.sambung study. wassalam alaik ^_^

Monday 26 September 2011

Lima 'L'

Pic by  : RQ

~ baiklah..itu sahaja yang saya boleh 'describe' tentang mood saya sekarang.. macam kitty yang sedang terlentang kat atas tu..saya pon begitu jugak =.= ~

psss: tak kisah la penat macam mana dengan bebanan kerja. Dah itu tanggungjawab kau. Terima saja la. Tak payah banyak songeh. Semua orang pun macam tu jugak la. (monolog dalaman ^^) sekian. Peace!

Friday 16 September 2011

no Words


Pic by  : RQ

Wednesday 14 September 2011

pohon UNGU

jacaranda..
sangat indah mata melihat..
subhanaAllah Tuhan Yang Menciptakan..
sepohon pokok sahaja bisa membuat jiwaku tenang..

credit kepada Anis Ayuni melalui novelnya Bayangan Rindu yang memperkenalkan pohon jacaranda nan ungu kepada pembacanya..

10 star for this novel ^_^

Thursday 8 September 2011

Tangan Yang Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah


Dari Hakim bin Hazim r.a katanya :
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya."  
(al-Bukhari)

         Pic by     : RQ
Taken at : STB

Monday 15 August 2011

Fikir Apa yang Dilihat

"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."
(surah al-Jatsiyah : 13)
pic by : RatuQurtubah

Wednesday 10 August 2011

#4 Wordless Wednesday


Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakal

Saturday 6 August 2011

Contengan Jalanan

*Ini bukan book review harap maklum ^^


" The man who decide to change on the 12th hours dies on the 11th"

"Sungguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa,
selagi ianya tak lenyap daripada depan mata"

"Living here for the hereafter"

"Aku rasa hidup aku ada erti.
-To live is to learn, and to learn is to live. LIVE.LEARN.

"Talking is nothing.Doing is something."

^^Thanks Hlovate ^^

pss : mmg saja nak meracun merekamereka yang baru nak membaca dan merekamereka yang belum membaca CJ..hwahwahwa XD

Sunday 24 July 2011

Still My Way

Hard to leave it. But have to try it. 



day after day.......

Not going to leave it. But changed it. 
Hopefully istiqomah.

*Anyhow, as the human being, they still need music. True?^_^


Pic by: RQ
Edited by: RQ

Saturday 16 July 2011

Friendship


By: Miss Nikon

~ DUNIA YANG SEPI ~

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan dizaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya..

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan di canang melata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi duni ini.
Walaupun hidup ditengah laman
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah dijalanan

------------------------------------
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Penjual minyak wangi sama ada dia memberimu sebahagian atau kamu membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya kamu dapat juga mencium baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan bajumu terbakar atau kamu mendapat bau yang hapak." (HR Abu Daud)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; 
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; 
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Wednesday 29 June 2011

#1 Wordless Wednesday


                                                                                                                                                      mute.

pic by : RQ

Monday 27 June 2011

Imsyi Mustaqiman

 Min Arau ila Putrajaya

Min K.Terengganu ila Kedah 

Min Kedah ila Arau

-Perjalanan menaiki kereta, cuti sekolah bulan 6 yang lalu.-
Duludulu terasa lama perjalanan di dalam kereta pulang ke kampung,
tapi sekarang terasa pendek masa perjalanannya. 
mungkin dah banyak jalan shortcut sekarang ni kan.

Pic by : RQ

Reached the target butt

"Setiap anak panah yang disasar tidak semestinya mengena target kuning. Begitu juga dengan setiap doa yang diminta tidak semestinya akan terus dikabulkan oleh Allah swt "-"Saidina Ali"
 Pic : By beloved Sony Ericson W380i

 Menghadiri Kursus Asas Memanah -"thanks to coach ManPanah and the Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia"

p/s : - Memanah itu sunnah Rasulullah -

Tuesday 21 June 2011

Mawar


Pic: by FY
*thanks kerana menaja pic ini =)

Monday 13 June 2011

Ini sejenis Vandalism



pic : By beloved Dani

**The number u have dialed is not in service..toottt~
P/s: beberapa nombor sengaja dipadamkan untuk kebaikan si awex comel =)

Friday 10 June 2011

Hanya Untuk Allah


Pic by : Beloved Dani

Monday 6 June 2011

Perhentian


**sedang menikmati nikmat masa lapang..Mode bercuti XD**

Pic : By Beloved Dani

Sunday 22 May 2011

Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO)

Ini tasek En.Hanafi yang punya. Tapi yang selalu nampak En.Bakhtiar yang ronda kawasan ni...takpa,abaikan~
Pemandangan dari port yang saya dan sahabat selalu lepak. Sambil buat kenduri untuk para ikan disini. 
Itik misteri.
Selama hampir dua tahun di IPG Perlis ni. Baru tahun ni sedar akan kehadiran si Itik gebot ni. "Milik siapakah itik ini......??" sorang-sorang pulak tu. Tiada kawankah?Ke lari dari rumah?hoho..hmm..oke abaikan..

Apa yang saya nak bagitau ni sebenarnya?
Sahabat yang sedang mengelamun. hee
Sebenarnya...
saya rindukan tasik ni..dah seminggu lebih tak menapak ke sana. 
Mungkin sebelum cuti sekolah saya akan pergi buat kenduri untuk ikan-ikan kat sana..
InsyaAllah =)

pssss : esok exam Perkembangan Kanak-Kanak..doakan saya LULUS..tu je..syukran~

-ilalliqa'-

Friday 20 May 2011

19 Mei 1988

Tarikh keramat 19mei tidak akan dilupa
Setelah mengharungi pelbagai suka dan duka
Kini genap 23Tahun melayari bahtera bersama

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk Mama dan Baba
Mohon Allah melimpahkan barakah keatas mereka
Agar cinta dan kasih mereka bertaut sampai ke syurga
amin Ya Allah
Pasangan merpati sejoli Thuwaibah Yong & Mukhtar Kasim
By : beloved Dani
Gambar dirakam semasa Baba belanja Mama dinner tadi..hehe *anakanaknya tompang sekaki ;D

-wassalam-

Wednesday 20 April 2011

Gurindam Jiwa


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Tuesday 19 April 2011

Menanti

By : Beloved Dani
Editor : QuraQura
"Tiada paksaan dalam sebuah penantian, hanya hati yang benar ikhlas..sudi menanti akan waktu tiba.."

Monday 18 April 2011

Ohh TITAS

18 April 2011, 9.oo a.m-11.oo a.m

faktor terjadinya situasi di atas :

1) malas + malas + malas baca buku..
2) study last minute..(tapi berapa kerat ja yang study awal kn..yang lain pon sama ja :p)
3) tidur lewat akibat terlampau rajin+struggle study..(kini saya memiliki sepasang mata Panda!)
4) pagi sebelum exam,bila jumpa kawan-kawan , terasa down dan psiko yang amat bila tengok diorang buat revison dan hafal point penting..sedangkan aku??*ehh..lupa la point yang baca semalam..

Oke..Tapi! Yang bahagianya..
saya boleh menjawab semua soalan exam dan habis jawab agak awal la. Isi merapu la tapi..*ceyh poyo~

mama saya pesan, kalau kita rasa tak yakin dan memang dah habis idea dah nak jawab, baca
"bismillahi tawakkaltu 'alallah..la haulawala quwwata illa billa hil'aliyil 'azim"
mana tau kot-kot dalam jawapan tu ada jugak yang betul..1 markah pon jadilah~ T_T

pssss: tolong la berubah ya QuraQura~ 


Saturday 16 April 2011

La Tahzan

wahai hati..
usahlah bersedih..
usahlah berduka..
Innallah ma'ana..
Allah sentiasa di sampingmu sayang...
Hati bukan untuk dipermainkan..cukuplah sekali merasai kesakitannya..AKU TAK SANGGUP YA ALLAH..!

by : RQ
edited by : RQ
painter : RQ

Friday 15 April 2011

main layang-layang


by : beloved DANI
dari tetingkap, ushar orang main layang-layang petang :) 
value : dapat tumpang rasa tenang, girang dan nyaman..alhamdulillah..

Thursday 14 April 2011

Selamat Menduduki UAK !


ucapan istimewa kepada seluruh warga IPG PISMP Semester 1..bittaufiq wannajah =)

Doa Hamba


gambar di'curi' dari Waladur Faqir . Beliau adalah classamate saya. Syukran bg curi ya!
Penulis : si QuraQura