Tuesday 29 November 2011

kenangan dengan nota Bio

*esok SPM paper Biology*

kalau baca ni agak2 faham tak?hehe
*satu-satunya nota Biology aku yang tinggal. yang lain dah dijual untuk dikitar semula. Taktau la macam mana boleh tercicir yang sehelai ni. masih elok tanpa dilipat. 

**hmm..sengaja nak imbas kembali kenangan dahulu kala. alhamdulillah SPM dah lama tinggalkanku**
=)

Thursday 24 November 2011

Niat


....Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Qura says : Semoga kau kuat dalam melakukan amal ma'ruf nahi munkar. Istiqomah itu memang sakit. Tapi sakit itulah jihad. Di saat kau merasakan jiwa kau rapuh, berkomunikasilah dengan Maha Pencipta. Sungguh Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya. ~

Thursday 17 November 2011

Seeeeeenyum lebar-lebar !


kenapa saya senyumsenyum ni?
sebab exam dah habis la awk.....
=)

Wednesday 2 November 2011

Sawah petang

salam.
ehem.
dah lama tinggal blog.
tapi hari ni tibatiba terasa nak update.
terima kasih pada sahabatku BayBort.
kerana post beliau yang terbaru ni bagi inspirasi untuk saya update.

SAWAH. ada orang panggil bendang la petak la. macam2..tapi ikut la nak panggil yang mana2 pun.sama ja..

Saujana Mata Memandang.
Inilah pemandangan mata saya dari kecil sampai sekarang. Bukak pintu rumah nampak sawah. Bukak tingkap dapur nampak sawah. Sambil basuh pinggan pon boleh ralik tengok ke sawah. Sejuk mata. SubhanaAllah Tuhan yang menciptakannya. Syukur.

Gambar2 ni saya shoot kalutkalut masa kayuh basikal dengan adik pukul 6.45petang tadi. Walaupun gambar tak berapa detail dan sharp. Tapi lantak lah. Asal ada rupa sawah.hee. Ingat nak proses gambar2 ni lepas exam. Tapi baybort buat hatiku meronta untuk update blog.ha ha.
okeyh.sambung study. wassalam alaik ^_^